Resepi Biskut Kacang Mazola

15 Dec

Image

Bahan-Bahan:

1500 gram tepung gandum
600 gram gula kisar
500 gram kacang tanah kisar
1 sudu teh serbuk vanila
1 sudu teh garam halus
600 gram minyak jagung mazola
Telur dan kacang hancur untuk hiasan.

Cara Membuat :

(1) Gaul semua bahan hingga menjadi doh.

(2) Canaikan dan terapkan dengan acuan mengikut kesukaan masing masing.

(3) Sapukan telur dan taburkan kacang hancur.

(4) Bakar selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius.

SELAMAT MENCUBA

Cokelat Cip (cookies)

24 Mar

Biskut cokelat cip

(Malaysian style – ada milo pulak tu)

 Bahan-bahan:

(1) 1 cawan mentega atau majerin (~ 250 gram)

(2) 1 1/2 cawan gula perang

(3) 2 biji telor

(4) 1 sudu teh esen vanila

(5) 3 sudu besar MILO atau serbok cokelat

(6) 3 1/4 cawan tepong gandum serbaguna

(7) 1 sudu teh baking powder

(8) 2 cawan cokelat cip

 Cara membuat:

 Pukul  mentega dan gula perang hingga kembang. Tambahkan telor dengan esen vanila dan gaul hingga rata. Ayak tepung dan baking powder, dan sekiranya menggunakan serbok cokelat ayak sekali, campukan semuanya ke dalam adunan. Kalau menggunakan milo, tidak perlu ayak milo, campurkan saja milo terus ke dalam adunan. Akhir sekali gaulkan cokelat cip ke dalam adunan hungga rata. Bulatkan adunan mengikut saiz yang di sukai dan bakar dalam ketuhar 180 C sehigga keperangan. Lebih kurang 12 minit.  

Sekiranya suka boleh kurangkan kuantiti gula yang digunakan kepada 1 1/4 cawan sahaja

Selamat mencuba. 

Image

Dekorasi Kek PLUS (Tangkak)

23 Mar

Cokelat Almond (London)

23 Mar

Assalammualaikum semua pembaca, semoga semuanya sihat sejahtera. Bagaimana dengan aktiviti sepanjang 2013 ini? Dan yang sudah ada business, diharap makin baju dan berjaya. Kali ini, Salinah Bakeri akan share resipi Cokelat Almond London, yang telah tersiar dalam laman facebook. Kami terbitkan dilaman ini untuk kemudahan semua menyalinnya. Diharap memeberi kemudahan hendaknya.

Gambar dan resipi Cokelat Almond London

Bahan-bahan:

– 250 gram mentega

– 60 grams gula icing/castor

– 360 gram tepong gandum

– 30 gram tepung kek

– 10 gram tepong kastard

– 1 sudu teh perasa vannila (vannila extract)

– 2 kuning telor

– 500 gram almond (roast and sejukkan)

– 500 gram separa manis (semi-sweet cokelat) untuk masakan & 1 sudu makan mentega (untuk dicairkan)

– hirisan kecil almond

Cara membuat:

(1) Pukul gula dan mentega hingga kembang

(2) Masukkan kuning telor ke dalam campuran gula dan mentega, gaul rata.

(3) Tambah perasa vanila gaul rata.

(4) Tambah bahan kering, gaul semuanya dan jadikan dough

(5) Ambil sedikit dough – sebesar ibu jari, masukkan ke dalam dough almond yang telah diibakar, dan bentukkan seperti almond.

(6) Bakar dalam ketuhar 180C selama 17 minit.

(7) Sejukkan biskut sepenuhnya sebelum di celup dalam cairan cokelat.

(8) Letakkan biskut yang telah dicelop dalam cokelat cair dalam kertas kecil.

(9) Taburkan sedikit hirisan almond di atasnya.  Siap.

Kek Khenduri & Minum Petang

7 Dec

Menjadi kebiasan orang kita di Malaysia ini membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah saudara atau sahabat. Dan kepada tetamu kita juga akan mengidang juadah, sekadar yang ada atau memasak sesuatu yang baru. Adat Orang Timur yang meraikan tetamu dengan hidangan air atau juadah tanpa menanya samaada tetamu hendak minum atau tidak merupakan keistimewaan tradisi kita. Untuk itu Salinah Bakeri menyediakan kek-kek mentega pelbagai perisa, juga kek pisang, cheese, suji badam dan kek buah yang boleh dijadikan buah tangan dan dihidang mudah kepada tetamu. Kek ini tidak berfrosting dan tidak berhias.  Berikut ialah senarai harga kek-kek ringkas yang disediakan oleh Salinah Bakeri & Kafe:

Kek Marble dalam pek plastik bertutup

Kek 1: Harga 1/2 Kg kek ‘mable; atau kek pelangi ialah RM 12.00

Kek pisang, 1/2 Kg dan dipek dalam plastik bertutup.

Kek 2: Harga 1/2 Kg kek pisang ialah RM 12.00

Kek Suji Badam sedia untuk di bakar

Kek 3: Harga 1/2 Kg kek suji badam ialah RM 30.00

Kek Suji dan Kek Marble yang telah dipotong

Kek 1 & Kek 3: Kek suji badam dan kek marble yang telah di potong. Sesuai sebagai kek untuk ‘berkat’.

Kek Buah siap untuk dibakar

Kek 4: Harga 1/2 Kg buah (bakar) ialah RM 30.00

Kek5: Harga 1/2 Kg kek buah (kukus)  ialah RM 40.00

Kek Lapis Masam Manis sedang disediakan

Kek 6: Harga 1/2 Kg kek lapis masam manis  ialah RM 45.00

Kek 7: Harga 1/2 Kg kek cheese  (bakar) ialah RM 60.00

Kek Span Pelbagai Perisa

Kek 8: Harga 1 keping kek span saiz kecil ialah RM 1.00 (Harga diturunkan kepada RM0.80 untuk tempahan 500 keping dan lebih ).

Sekitar Kursus Piza & Roti Sessi Oktober 2011

26 Nov

Pada 22 & 29 Oktober 2011 Kursus Piza & Roti yang pertama telah diadakan; dengan para peserta dari Daerah Muar dan Batu Pahat. Kursus Piza & Roti ini juga merupakam Kursus tajaan Kolej Kommuniti Cawangan Muar.  Kursus dua hari pada hujung minggu ini adalah merupakan modul pembelajaran Piza & Roti untuk 20 jam.

Perserta Kursus Piza & Roti sessi Oktober 2011 bersama Cikgu Salinah

  

Asas utama dalam pembuatan roti ialah memahami penggunaan bahan-bahan utama iaitu tepung roti ragi dan air bertindak antara satu sama lain: tiap satu bahan memerlukan yang lain untuk memperoleh roti yang baik. Dua lagi perkara utama dalam pembuatan roti ialah keperluan menguli untuk mendapatkan doh roti yang baik, dan fasa pemeraman sebagai teknik menaikkan doh roti oleh organisma hidup, iaitu ragi.

Cikgu Salinah menunjukkan cara membuat doh piza

Menyediakan doh piza menggunakan teknik yang sama seperti menyediakan doh roti, kerana ia juga merupakan sejenis roti. Untuk membuat doh piza yang enak dan rasa yang berbeza daripada roti biasa; kepada bahan asas doh roti iaitu tepong roti, ragi kering dan air yang mana ditambah dengan sedikit gula, garam; ia juga ditambah dengan minyak zaitun. Gula bukan sahaja memberi sedikit rasa manis tetapi ia juga menggalakkan pertumbuhan ragi terutamanya pada peringkat permulaan.  Garam sudah tentunya untuk menaikkan rasa makanan. Sementara minyak zaitun, disamping melembutkan doh, ia memberi rasa unik piza. Sedikit madu dan herba thyme boleh meningkatkan lagi rasa doh piza. Dalam menggunakan herba … sedikit sahaja sudah memadai. Ukuran yang boleh digunakan dalam resipi piza ialah: 500 gram tepong roti, 300 ml air yang sedikit suam, dua sudu teh ragi kering (10 gram) 1 sudu teh garam, 2 sudu teh gula dan 1 sudu besar minyak zaitun. Juga boleh ditambah dengan 1 sudu teh madu dan secubit herba thyme (atau 1/4 sudu teh).

Demo oleh Cikgu Salinah bagaimana mengadun dan menguli doh piza

Para perserta diingatkan supaya memulakan kerja mengadun dan menguli setelah semua bahan yang diperlukan telah siap ditimbang atau disukat. Untuk menyediakan doh piza umpamanya, setelah semua bahan tersedia barulah: (1) Satukan gula, air dan ragi kering, kacau sehingga rata. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan minyak zaitun, garam serta madu & herba thyme. Kacau rata. Ia sedia untuk digunakan. (2) Letakkan tepong roti terus ke atas meja kerja (sebaiknya keluli atau marmar. Ia boleh juga dibuat dalam manggkuk pengadun). Buat kawah ditengah tepong tadi.  Curah dengan perlahan kesemua campuran air & ragi tadi. (3) Adun tepung dan ragi secara perlahan dan sedikit demi sedikit. Adunan lama-lama menjadi pekat dan tidak melimpah keluar dari kawasan bertepung. Akhir sekali gaul semua tepung dan campuran ragi hingga rata. Sekiranya doh keras tambahkan sedikit air, dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung.(4) Uli lebih kurang 10 minit atau sehingga doh menjadi lembut tetapi kenyal  Doh sedia untuk diperap.

Peserta menguli doh piza

Peserta juga mendapati bahawa menguli doh memerlukan kesabaran. Ia mengambil masa jadi kena relak sahaja semasa membuat kerja. Dan sekiranya perlu menambah tepung perlu ditabur sedikit demi sedikit. Ini kerana dalam menyediakan doh piza atau roti, ia lebih baik menambah tepung daripada menambah air. Doh yang terkeras lebih sukar untuk dilembutkan dari doh yang terlembik.

Doh piza yang telah siap diuli dan sedia untuk diperap.

 Seperti roti, doh piza perlu diperap dalam jangka masa 1/2 ke 1 jam atau sehingga berganda saiznya. Perap dalam bekas yang sudah disapu minyak dan ditutup dengan tuala atau plastik pembalut. Bila sudah cukup naiknya, doh piza perlu dibuang angin dengan menumbuk sedikit, barulah doh sedia dibentuk leper bulat atau empat segi menjadi piza.

Aian dan rakan-rakan membentuk doh piza dan mengisi topping piza

Doh piza boleh dibentuk menjadi leper dan bulat dengan menggunakan ‘rolling pin’. Bila sudah terbentuk ia perlu dipindahkan ke dalam dulang pempakar yang telah disapu mentega/majerin. Topping piza dimulakan dengan sos tomato, dikuti dengan sayuran seperti tomato dan lada benggala serta isian pilihan seperti daging, sosej atau daging ayam; dan diakhiri dengan cheese yang telah disagat. Cheese pilihan utama untuk piza ialah jenis mozarella. Banyak dan sedikit topping adalah mengikut cita rasa dan budget yang ada. Walaubagaimanpun setengah bahan seperti lada benggala tidak perlu terlalu banyak kerana rasanya yang kuat. Sementara tomato pula kalau berlebihan akan menjadikan piza kita masam serta berair. Tomato dan lada benggala boleh disediakan dengan mengasingkan biji dari isi, serta dipotong dadu.

Piza dengan isian daging cincang sedia untuk dibakar

Selain piza peserta juga mempelajari beberapa jenis roti Mediterranean seperti grissini atau lebih dikenali sebagai ‘breadstick’, panettone dan focaccia.

Peserta menikmati keenakan roti Mediterranean focaccia

Pada hari ke dua, iatu hari Sabtu berikutnya: perserta didedahkan dengan pelbagai jenis roti, termasuklah roti berinti dan makanan berasas roti seperti donat dan pau.

Cikgu Salinah menunjukkan cara menyediakan roti berkaya pandan

Roti-roti lain yang turut dapat dipelajari ialah roti berkaya pandan, roti Perancis dan roti berkismis.
 

Roti berkaya pandan dan topping butter, gula & tepung, sudah sedia untuk dihidang.

Alhamdulillah, pembelajaran berjalan lancar sepanjang dua hari yang diperuntukkan. Sidang pengarang Sari Kata Suri sekali lagi mengucapkkan selamat maju jaya kepada semua.
 
 

Panettone, roti Mediterranean yang cantik dan manis

Hingga jumpa lagi,
Sari Kata Suri.
 
 
 

Pelbagai Kek Hari Lahir di Salinah Bakeri

25 Nov

Produk paling popular masakini di Salinah Bakeri & Kafe ialah kek hari lahir. Pelbagai jenis kek disediakan setiap hari untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Harga kek hari lahir adalah mengikut jenis dan saiz kek serta pilihan hiasan atau frosting.

Kebanyakan kek hari lahir disediakan pada saiz setengah kilogram (1/2 Kg) dan dalam bentuk bulat. Tiga jenis kek yang selalu digunakan ialah kek cokelat moist, kek mentega pelbagai perisa dan kek span pelbagai perisa. Kek mentega dan kek span selalunya dihias dengan buttercream. Sementara kek cokelat moist dihias samada dengan buttercream atau cokelat ganache. Harga 1/2 Kg kek mentega atau kek span dengan hiasan buttercream ialah RM 22.00. Sementara harga untuk 1/2 Kg kek cokelat moist yang dihias dengan buttercream ialah RM 25.00; dan yang di hias dengan cokelat ganache ialah RM 30.00

Harga untuk 1 kilogram pelbagai kek ialah dua kali ganda daripada harga untuk 1/2 Kg; dengan sedikit potongan, iaitu RM 2.00. Umpamanya, harga 1 kilogram kek cokelat moist yang berhias dengan buttercream ialah RM 58.00

Berikut adalah gambar-gambar pelbagai kek hari lahir di Salinah Bakeri & Kafe.

Kek Cokelat Moist dengan frosting buttercream

Kek 1: 1/2 Kg kek cokelat moist menggunakan frosting buttercream. Hiasan sampingan ialah blueberry jelly dan buah cherry (yang dimaniskan). Harga RM 25.00

Cokelat Moist bersalut Cokelat Ganache

Kek 2: 1/2 Kg kek cokelat moist bersalut cokelat ganache. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 30.00

 

Kek mentega strawberry dengan frosting buttercream

Kek 3: 1/2 Kg kek mentega perisa strawberry berfrosting buttercream. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 22.00
 
 

Kek span pandan berfrosting buttercream

Kek 4: 1/2 Kg kek span pandan berfrosting buttercream. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 22.00
 

1 kg cokelat moist berfrosting buttercream

Kek 5:  1 Kg kek cokelat moist berfrosting buttercream. Hiasan sampingan  yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 58.00 tanpa hiasan pilihan lilin “Happy Birthday”, dan RM 62.00 bersama lilin “Happy Birthday”.
 

1 Kg kek cokelat moist dengan frosting dan hiasan buttercream

Kek 6:  1 Kg kek cokelat moist berfrosting buttercream untuk kanak-kanak. Hiasan sampingan  yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 58.00
 

Pelbagai kek untuk sambutan hari lahir

 

Kek boleh diperoleh siap sedia atau ditempah.
Selamat menikmati hidangan, dan semoga panjang umur serta sejahtera selalu kepada yang menyambut hari lahir.
 
Sari Kata Suri
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.