Sekitar Kursus Kek & Mufin Okt. 2011

21 Nov

2011 Membuka lambaran baru untuk Salinah Bakeri & Kafe. Pada Bulan Ramadan yang lalu, tiga sessi  kursus Pelbagai Kek & Biskut Hari Raya telah diadakan. Ini kemudiannya telah diteruskan dengan Kursus Pelbagai Kek  Mufin, serta Kursus Membuat Roti & Piza. Alhamdulillah, semua kursus yang merupakan tajaan Kolej Kommuniti Cawangan Muar telah berjalan lancar. Pada 26 November 2011, sessi terakhir untuk Kursus Membuat Roti dan Piza akan diadakan, InsaAllah.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar Kursus Kek & Mufin di Salinah Bakeri & Kafe pada Oktober 2011 yang lalu. Peserta kebanyakannya dari Daerah Muar, dan juga Daerah Batu Pahat. Semua perserta adalah tajaan Kolej Kommuniti Cawangan Muar.

Perserta Kursus Kek & Mufin Oct 2011 bersama Cikgu Salinah

Antara kek yang dipelajari pada sessi Oktober 2011  ialah kek marble, kek badam, kek cheese, kek span, juga kek buah dan pelbagai jenis mufin seperti blueberry, pisang, cokelat dan buah-buahan.

Pada sessi kali ini terdapat 20 orang peserta yang mana dibahagikan kepada empat kumpulan kerja. Setiap kumpulan akan mendapat assignment membuat sendiri beberapa jenis kek. Gambar di atas menunjukkan satu daripada kumpulan kerja sedang menyediakan kek buah.

Bahan-bahan untuk membuat kek buah

Peserta mempelajari pembuatan kek dengan melihat dahulu demonstrasi oleh Cikgu Salinah; merujuk kepada salinan resipi yang diberi dan juga tip-tip yang diberi untuk menyediakan kek yang baik. Antara tip utama dalam penyedian kek ialah menyediakan dahulu semua bahan dan peralatan yang diperlukan sebelum memulakan kerja. Gambar di atas menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek buah.

Kek buah siap untuk di bakar

Kek buah yang siap dihias dengan buah ceri merah di atasnya dan sedia untuk dibakar. Dan pastinya tidak sabar untuk merasa enaknya rasa kek buah hasil tangan sendiri.

Peserta menanti untuk merasa kek yang telah siap

Seterusnya perserta memerhatikan cara menyediakan topping cokelat untuk kek cokelat. Antara bahan topping yang digunakan ialah susu cair, cokelat masakan dan mentega.

Demo penyedian cokelat ganache untuk kek cokolat moist

Turut dipelajari ialah penyedian mufin serta cupkek, dan membuat hiasan menggunakan buttercream.

Menghias cup kek menggunakan buttercream

Kursus Kek dan mufin selama 20 jam ini berjalan selama empat hari, dalam masa dua minggu. Hari terakhir juga merupakan hari penyampaian sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh Cikgu Salinah sebagai wakil dari Kolej Kommuniti Cawangan Muar.

Pasangan ibu & anak dengan sijil masing-masing bersama Cikgu Salinah

Gambar-gambar lain sekitar kursus yang dijalankan boleh dilihat di Salinah Bakeri & Cafe Facebook http://www.facebook.com/#!/pages/Salinah-Bakery-Cafe/139005406157064.

Dengan ini sidang pengarang Sari Kata Suri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta Kursus, samaada kumpulan dari sessi sebelum, juga sessi Kek & Mufin Bulan Oktober 2011 ini, dan semua peserta yang akan datang.

Jumpa Lagi. InsaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: