Pada 24 Oktober 2011, Rezuan menyambut Hari Lahirnya yang ke 12. Kali ini sambutan dibuat secara paling sederhana. Namun begitu hidangan yang disediakan adalah kegemaranya, juga kegemaran sepupu-sepupunya Sarah & Sofea isitu Kek Cokelat Moist, Bun Manis berisi inti kelapa dan Roti Sosej.
Kek Cokelat Moist untuk hari lahir Rezuan disalut dengan cokelat ganache dan dihias dengan kuntuman bunga ros yang diperbuat dari buttercream. Kek cokelat moist merupakan satu daripada kek yang popular sebagai kek hari lahir terutamanya oleh kanak-kanak.
Satu lagi produk dari Salinah Bakeri & Kafe yang menjadi kegemaran kanak-kanak ialah roti sosej. Ia sangat enak di makan semasa masih panas lagi. Roti sosej boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula untuk mendapatkan rasa seperti baru dibakar.
Minuman yang menjadi pilihan Rezuan, serta Sarah & Sofea ialah jus campuran apple dan berries. Sarah & Sofea juga turut menikmati hirisan apple segar. Rezuan hanya minum jus … entah bila dia nak makan buah yang segar!!
Tinggalkan Jawapan