Produk paling popular masakini di Salinah Bakeri & Kafe ialah kek hari lahir. Pelbagai jenis kek disediakan setiap hari untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Harga kek hari lahir adalah mengikut jenis dan saiz kek serta pilihan hiasan atau frosting.
Kebanyakan kek hari lahir disediakan pada saiz setengah kilogram (1/2 Kg) dan dalam bentuk bulat. Tiga jenis kek yang selalu digunakan ialah kek cokelat moist, kek mentega pelbagai perisa dan kek span pelbagai perisa. Kek mentega dan kek span selalunya dihias dengan buttercream. Sementara kek cokelat moist dihias samada dengan buttercream atau cokelat ganache. Harga 1/2 Kg kek mentega atau kek span dengan hiasan buttercream ialah RM 22.00. Sementara harga untuk 1/2 Kg kek cokelat moist yang dihias dengan buttercream ialah RM 25.00; dan yang di hias dengan cokelat ganache ialah RM 30.00
Harga untuk 1 kilogram pelbagai kek ialah dua kali ganda daripada harga untuk 1/2 Kg; dengan sedikit potongan, iaitu RM 2.00. Umpamanya, harga 1 kilogram kek cokelat moist yang berhias dengan buttercream ialah RM 58.00
Berikut adalah gambar-gambar pelbagai kek hari lahir di Salinah Bakeri & Kafe.
Kek 1: 1/2 Kg kek cokelat moist menggunakan frosting buttercream. Hiasan sampingan ialah blueberry jelly dan buah cherry (yang dimaniskan). Harga RM 25.00
Kek 2: 1/2 Kg kek cokelat moist bersalut cokelat ganache. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 30.00
Tinggalkan Jawapan