Biskut cokelat cip
(Malaysian style – ada milo pulak tu)
(1) 1 cawan mentega atau majerin (~ 250 gram)
(2) 1 1/2 cawan gula perang
(3) 2 biji telor
(4) 1 sudu teh esen vanila
(5) 3 sudu besar MILO atau serbok cokelat
(6) 3 1/4 cawan tepong gandum serbaguna
(7) 1 sudu teh baking powder
(8) 2 cawan cokelat cip
Cara membuat:
Pukul mentega dan gula perang hingga kembang. Tambahkan telor dengan esen vanila dan gaul hingga rata. Ayak tepung dan baking powder, dan sekiranya menggunakan serbok cokelat ayak sekali, campukan semuanya ke dalam adunan. Kalau menggunakan milo, tidak perlu ayak milo, campurkan saja milo terus ke dalam adunan. Akhir sekali gaulkan cokelat cip ke dalam adunan hungga rata. Bulatkan adunan mengikut saiz yang di sukai dan bakar dalam ketuhar 180 C sehigga keperangan. Lebih kurang 12 minit.
Sekiranya suka boleh kurangkan kuantiti gula yang digunakan kepada 1 1/4 cawan sahaja
Selamat mencuba.