Sari Kata Suri adalah wadah penulisan dan cita rasa adek-beradek Salinah, dari Salinah Bakeri & Kafe. Usaha dalam bidang bakeri ini dimulakan atas minit dalam bidang masakan dan menyedari bahawa perniagaan bakeri masih dalam tahap permulaan di Daerah Muar ini. Adalah menjadi harapan Salinah Bakeri & Kafe akan satu hari nanti dapat memenuhi keperluan serta citarasa kommuniti sekitar terhadap produk bakeri. Disamping itu, dengan adanya Sari Kata Suri akan dapat dikongsi bersama pembaca pelbagai aktiviti di Salinah Bakeri & Kafe, termasuk kursus, produk-produk baru dan juga resipi-resipi.
Salinah Bakeri & Kafe kini beroperasi di premis baru, iatu di Jalan Besar Pekan Parit Bakar (Tengah), bersebelahan degan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Parit Bakar.
Premis Salinah Bakeri & kafe adalah di tingkat bawah, dan di tengah daripada barisan kedai tiga tingkat, tiga pintu.
Sampai jumpa lagi, Salam Maju Jaya dari sidang pengarang Sari Kata Suri.
Tinggalkan Jawapan