Arkib | Kek RSS feed for this section

Kek Khenduri & Minum Petang

7 Dis

Menjadi kebiasan orang kita di Malaysia ini membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah saudara atau sahabat. Dan kepada tetamu kita juga akan mengidang juadah, sekadar yang ada atau memasak sesuatu yang baru. Adat Orang Timur yang meraikan tetamu dengan hidangan air atau juadah tanpa menanya samaada tetamu hendak minum atau tidak merupakan keistimewaan tradisi kita. Untuk itu Salinah Bakeri menyediakan kek-kek mentega pelbagai perisa, juga kek pisang, cheese, suji badam dan kek buah yang boleh dijadikan buah tangan dan dihidang mudah kepada tetamu. Kek ini tidak berfrosting dan tidak berhias.  Berikut ialah senarai harga kek-kek ringkas yang disediakan oleh Salinah Bakeri & Kafe:

Kek Marble dalam pek plastik bertutup

Kek 1: Harga 1/2 Kg kek ‘mable; atau kek pelangi ialah RM 12.00

Kek pisang, 1/2 Kg dan dipek dalam plastik bertutup.

Kek 2: Harga 1/2 Kg kek pisang ialah RM 12.00

Kek Suji Badam sedia untuk di bakar

Kek 3: Harga 1/2 Kg kek suji badam ialah RM 30.00

Kek Suji dan Kek Marble yang telah dipotong

Kek 1 & Kek 3: Kek suji badam dan kek marble yang telah di potong. Sesuai sebagai kek untuk ‘berkat’.

Kek Buah siap untuk dibakar

Kek 4: Harga 1/2 Kg buah (bakar) ialah RM 30.00

Kek5: Harga 1/2 Kg kek buah (kukus)  ialah RM 40.00

Kek Lapis Masam Manis sedang disediakan

Kek 6: Harga 1/2 Kg kek lapis masam manis  ialah RM 45.00

Kek 7: Harga 1/2 Kg kek cheese  (bakar) ialah RM 60.00

Kek Span Pelbagai Perisa

Kek 8: Harga 1 keping kek span saiz kecil ialah RM 1.00 (Harga diturunkan kepada RM0.80 untuk tempahan 500 keping dan lebih ).

Pelbagai Kek Hari Lahir di Salinah Bakeri

25 Nov

Produk paling popular masakini di Salinah Bakeri & Kafe ialah kek hari lahir. Pelbagai jenis kek disediakan setiap hari untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Harga kek hari lahir adalah mengikut jenis dan saiz kek serta pilihan hiasan atau frosting.

Kebanyakan kek hari lahir disediakan pada saiz setengah kilogram (1/2 Kg) dan dalam bentuk bulat. Tiga jenis kek yang selalu digunakan ialah kek cokelat moist, kek mentega pelbagai perisa dan kek span pelbagai perisa. Kek mentega dan kek span selalunya dihias dengan buttercream. Sementara kek cokelat moist dihias samada dengan buttercream atau cokelat ganache. Harga 1/2 Kg kek mentega atau kek span dengan hiasan buttercream ialah RM 22.00. Sementara harga untuk 1/2 Kg kek cokelat moist yang dihias dengan buttercream ialah RM 25.00; dan yang di hias dengan cokelat ganache ialah RM 30.00

Harga untuk 1 kilogram pelbagai kek ialah dua kali ganda daripada harga untuk 1/2 Kg; dengan sedikit potongan, iaitu RM 2.00. Umpamanya, harga 1 kilogram kek cokelat moist yang berhias dengan buttercream ialah RM 58.00

Berikut adalah gambar-gambar pelbagai kek hari lahir di Salinah Bakeri & Kafe.

Kek Cokelat Moist dengan frosting buttercream

Kek 1: 1/2 Kg kek cokelat moist menggunakan frosting buttercream. Hiasan sampingan ialah blueberry jelly dan buah cherry (yang dimaniskan). Harga RM 25.00

Cokelat Moist bersalut Cokelat Ganache

Kek 2: 1/2 Kg kek cokelat moist bersalut cokelat ganache. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 30.00

 

Kek mentega strawberry dengan frosting buttercream

Kek 3: 1/2 Kg kek mentega perisa strawberry berfrosting buttercream. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 22.00
 
 

Kek span pandan berfrosting buttercream

Kek 4: 1/2 Kg kek span pandan berfrosting buttercream. Hiasan sampingan kuntuman bunga ros yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 22.00
 

1 kg cokelat moist berfrosting buttercream

Kek 5:  1 Kg kek cokelat moist berfrosting buttercream. Hiasan sampingan  yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 58.00 tanpa hiasan pilihan lilin “Happy Birthday”, dan RM 62.00 bersama lilin “Happy Birthday”.
 

1 Kg kek cokelat moist dengan frosting dan hiasan buttercream

Kek 6:  1 Kg kek cokelat moist berfrosting buttercream untuk kanak-kanak. Hiasan sampingan  yang mana boleh dipelbagaikan adalah menggunakan buttercream. Harga RM 58.00
 

Pelbagai kek untuk sambutan hari lahir

 

Kek boleh diperoleh siap sedia atau ditempah.
Selamat menikmati hidangan, dan semoga panjang umur serta sejahtera selalu kepada yang menyambut hari lahir.
 
Sari Kata Suri

Sekitar Sambutan Hari Lahir Rezuan yang ke 12

24 Nov

Pada 24 Oktober 2011, Rezuan menyambut Hari Lahirnya yang ke 12. Kali ini sambutan dibuat secara paling sederhana. Namun begitu hidangan yang disediakan adalah kegemaranya, juga kegemaran sepupu-sepupunya Sarah & Sofea isitu Kek Cokelat Moist, Bun Manis berisi inti kelapa dan Roti Sosej.

Rezuan dengan hidangan ringkas untuk harilahirnya yang ke 12

 Kek Cokelat Moist untuk hari lahir Rezuan disalut dengan cokelat ganache dan dihias dengan kuntuman bunga ros yang diperbuat dari buttercream.  Kek cokelat moist merupakan satu daripada kek yang popular sebagai kek hari lahir terutamanya oleh kanak-kanak.

Kek Hari Lahir ke 12 Rezuan, Cokelat Moist berhias.

Satu lagi produk dari Salinah Bakeri & Kafe yang menjadi kegemaran kanak-kanak ialah roti sosej. Ia sangat enak di makan semasa masih panas lagi. Roti sosej boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula untuk mendapatkan rasa seperti baru dibakar.

Roti sosej sebagai hidangan pelengkap untuk sambutan harilahir Rezuan

Minuman yang menjadi pilihan Rezuan, serta Sarah & Sofea ialah jus campuran apple dan berries. Sarah & Sofea juga turut menikmati hirisan apple segar. Rezuan hanya minum jus … entah bila dia nak makan buah yang segar!!

Rezuan memotong kek cokelatnya
HAPPY 12th BIRTHDAY REZUAN
Semoga menjadi anak yang baik.
 
Sari Kata Suri
Edisi Hari Lahir.