2011 Membuka lambaran baru untuk Salinah Bakeri & Kafe. Pada Bulan Ramadan yang lalu, tiga sessi kursus Pelbagai Kek & Biskut Hari Raya telah diadakan. Ini kemudiannya telah diteruskan dengan Kursus Pelbagai Kek Mufin, serta Kursus Membuat Roti & Piza. Alhamdulillah, semua kursus yang merupakan tajaan Kolej Kommuniti Cawangan Muar telah berjalan lancar. Pada 26 November 2011, sessi terakhir untuk Kursus Membuat Roti dan Piza akan diadakan, InsaAllah.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar Kursus Kek & Mufin di Salinah Bakeri & Kafe pada Oktober 2011 yang lalu. Peserta kebanyakannya dari Daerah Muar, dan juga Daerah Batu Pahat. Semua perserta adalah tajaan Kolej Kommuniti Cawangan Muar.
Antara kek yang dipelajari pada sessi Oktober 2011 ialah kek marble, kek badam, kek cheese, kek span, juga kek buah dan pelbagai jenis mufin seperti blueberry, pisang, cokelat dan buah-buahan.
Pada sessi kali ini terdapat 20 orang peserta yang mana dibahagikan kepada empat kumpulan kerja. Setiap kumpulan akan mendapat assignment membuat sendiri beberapa jenis kek. Gambar di atas menunjukkan satu daripada kumpulan kerja sedang menyediakan kek buah.
Peserta mempelajari pembuatan kek dengan melihat dahulu demonstrasi oleh Cikgu Salinah; merujuk kepada salinan resipi yang diberi dan juga tip-tip yang diberi untuk menyediakan kek yang baik. Antara tip utama dalam penyedian kek ialah menyediakan dahulu semua bahan dan peralatan yang diperlukan sebelum memulakan kerja. Gambar di atas menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek buah.
Kek buah yang siap dihias dengan buah ceri merah di atasnya dan sedia untuk dibakar. Dan pastinya tidak sabar untuk merasa enaknya rasa kek buah hasil tangan sendiri.
Seterusnya perserta memerhatikan cara menyediakan topping cokelat untuk kek cokelat. Antara bahan topping yang digunakan ialah susu cair, cokelat masakan dan mentega.
Turut dipelajari ialah penyedian mufin serta cupkek, dan membuat hiasan menggunakan buttercream.
Kursus Kek dan mufin selama 20 jam ini berjalan selama empat hari, dalam masa dua minggu. Hari terakhir juga merupakan hari penyampaian sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh Cikgu Salinah sebagai wakil dari Kolej Kommuniti Cawangan Muar.
Gambar-gambar lain sekitar kursus yang dijalankan boleh dilihat di Salinah Bakeri & Cafe Facebook http://www.facebook.com/#!/pages/Salinah-Bakery-Cafe/139005406157064.
Dengan ini sidang pengarang Sari Kata Suri mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta Kursus, samaada kumpulan dari sessi sebelum, juga sessi Kek & Mufin Bulan Oktober 2011 ini, dan semua peserta yang akan datang.
Jumpa Lagi. InsaAllah.